TAJUK : ( GLOBALISASI ) PENGARUH GLOBALISASI TERHADAP MASYARAKAT ISLAM

TAJUK

E - FOLIO

 

KOD SUBJECT

MPU 23012

 

NAMA SUBJEK

PENGAJIAN ISLAM


DISEDIAKAN KEPADA

USTAZAH WAHIDAH BINTI MAT SAID

 

DISEDIAKAN OLEH

1.     MUHAMMAD ZARIFFARHAN BIN MOHD ZAWAWI      02DLS20F1006

2.   MUHAMMAD ARIF BIN TAHIR    02DLS20F1010

3.     MUHAMMAD AZEEM BIN ZAMZUESAM    02DLS20F1034

4.     AHMAD AFIFUDDIN BIN MARHA    02DLS20F1060

5.     NUR AMIRUDDIN BIN ZAKARIA    02DLS20F1068

6.    AIMAN NAJMIE BIN IDRIS    02DLS20F1072


 

TAJUK : PENGARUH GLOBALISASI TERHADAP MASYARAKAT ISLAM


DEFINISI GLOBALISASI

      Globalisasi berasal daripada Bahasa Perancis,iaitu monodialisation yang pertama kali muncul di Amerika Syarikat.Globalisasi bererti menjadikan sesuatu berskala antarabangsa,iaitu memindahkan sesuatu yang terbatas  kepada menjadikan sesuatu supaya tidak terbatas.Dengan itu ,globalisasi mencakupi penghapusan batas wilayah sesebuah negara dalam interaksi ekonomi dengan menerobos pengaruhnya di seluruh dunia.Globalisasi merupakan agenda Barat untuk menguasai ekonomi dan politik dunia dengan mendesak negara membangun agar bersikap terbuka dari sudut pergerakan pelaburan dan perdagangan.

     Kehadiran globalisasi tidak hanya memberikan impak negative,bahkan posotif,iaitu globalisasi memungkinkan pencarian,penyebaran dan pemindahan ilmu serta maklumat dilakukan dengan mudah,pantas dan murah.Hal ini demikian kerana satu daripada unsur dan pemangkin penting dalam era globalisasi masa kini ialah internet.Melalui Internet,segala ilmu dan maklumat yang dihasilkan di mana-mana sudut atau pelosok di dunia ini dapat dipindahkan dan diketahui oleh masyarakat di tempat lain.Keadaan ini dapat merapatkan jurang ilmu pengetahuan dan tamadun antara penghuni dunia.

    Globalisasi dengan kemudahan internet dan kemajuan perhubungan fizikal seperti kereta api dan perkhidmatan udara yang canggih yang dapat merapatkan perhubungan antarabangsa dan mewujudkan suasana saling memahami antara pelbagai masyarakat dunia.Keadaan ini dapat membantu ke arah keharmonian dan keamanan dunia sejagat.Globalisasi juga membolehkan keperluan penduduk dunia dari segi makanan,perkhidmatan dan keperluan lain dapat dipenuhi dengan murah dan mudah.Hal ini demikian kerana sesuatu makanan,hasil perkilangan atau perkhidmatan yang dikeluarkan di sesuatu tempat di sesebuah negara mudah diperoleh di negara lain melalui perkhidmatan pengangkutan yang cepat,cekap dan murah.

 

Globalisasi Menurut Pemikiran Prof. Dr.Yusuf al-Qardawi

Definisi Globalisasi

Dari segi bahasa, globalisasi berasal dari kata dasar global yang bererti umum dan keseluruhan ( Kamus Dewan 1995:548 ) atau sejagat dan menyeluruh.

 

Definisi Globalisasi  Menurut Pandangan Sarjana Barat

1.  Oscar Ugarteche.

Globalisasi ditakrifkan sebagai pertumbuhan dalam kegiatan ekonomi yang merentasi sempadan kebangsaan (nasional) dan kerantauan. la dizahirkan dalam meningkatnya pergerakan barangan dan perkhidmatan menerusi perdagangan dan pelaburan serta (pergerakan) manusia merentasi sempadan-sempadan tersebut. la juga terzahir dalam pertukaran maklumat (informasi) pada masa sebenar. la dipacu oleh pelaku-pelaku individu ekonomi yang mencari lebih banyak keuntungan ekonomi persaingan yang semakin menekan.

2.  Trezzini

Mentakrifkan globalisasi sebagai integrasi ekonomi dunia yang mendalam dan meluas melalui hubungan pengeluaran dan penggunaan.

 

3.  Mittelman (1996)

Suatu fenomena sejagat. Globalisasi ialah cantuman pelbagai jenis proses rentas sempadan dan pelbagai struktur dalam negeri yang membolehkan ekonomi, politik, budaya dan ideologi sesebuah negara menembusi (ekonomi, politik, budaya dan ideologi) negara-negara lain.

 

4.  Martin Albrows

Memberi definisa globalisasi sebagai merujuk kepada semua proses yang dengannya manusia di seluruh dunia dihimpunkan masuk menjadi satu masyarakat dunia, masyarakat global.

 

5.  Anthony Giddens

Anthony Giddens pula mendefinisikan globalisasi sebagai  proses menjadikan intensifnya hubungan  sosial seluruh dunia yang menghubungkan  tempat-tempat  yang jauh  dengan sedemikian rupa sehingga  peristiwa-peristiwa tempatan  dibentuk oleh  peristiwa-peristiwa (lain) yang berlaku beberapa batu jauhnya dari tempat itu atau demikian sebaliknya.


Globalisasi Menurut Pandangan Sarjana Islam

1.         Dr. Muhammad Abid al-Jabiri

Dr. Muhammad Abid  al-Jabiri menyatakan  globalisasi berasal dari bahasa Perancis iaitu monodialisation  yang  pertama  kali  muncul  di  Amerika  Syarikat.  la  bererti  menjadikan seseuatu  berskala internasional, iaitu memindahkan  sesuatu  dari yang terbatas  kepada sesuatu  yang  tidak  terbatas.  Jadi, globalisasi  mencakup  erti  penghapusan  batas-batas wilayah  sesebuah  negara  dalam  interaksi  ekonomi  (kewangan  dan  perdagangan)  dan membiarkan semua permasalahan bergerak bebas di seluruh dunia. Dari pemahaman ini, maka batas negara, nasionalisme, atau umat harus dilenyapkan. Seterusnya menurut Dr. Muhammad  Abid  lagi, kita  boleh  menyatakan  bahawa  propaganda  globalisasi  ini  jika dilaungkan  oleh  suatu  negara  atau  kelompok,  ia  bererti  generalisasi  pola  hidup  yang tradisinya  (sebelumnya)  menjadi  karekter  khas  negara  atau  kelompok,  menjadikannya menembus  batas  dunia  seluruhnya.  Bagi  Dr.  Muhammad  Abid,   globalisasi  bolehlah dianggap sebagai Amerikanisasi yang bererti sosialisasi gaya hidup Amerika.

 

2.         Dr. Taha Jabir al-Alwani

Dr. Taha Jabir al-Alwani menyatakan bahawa globalisasi ialah usaha pihak yang mempunyai kuasa dan pengaruh (global power) untuk mewujudkan centralization iaitu memaksa agenda ekonomi, politik dan sosial mereka kepada pihak yang lemah. Superpower tersebut akan memimpin dan memandu negara-negara lain dalam acuan yang telah disediakan dengan meletakkan mereka sebagai pusat dan pihak lain sebagai pinggiran.

 

3.         Prof. Chandra Muzaffar

Globalisasi adalah suatu proses yang melibatkan negara, modal, perkhidmatan, sebahagian pekerjaan yang merentasi sempadan dan memerlukan pemindahan dan perubahan yang bersifat nasional.


JENIS – JENIS PENGARUH GLOBALISASI


      (i)   HIBURAN K POP

(a)    FAKTOR - FAKTOR  PENARIK

·       Penampilan yang sangat disenangi oleh para remaja

·       Fesyen yang terkini dan smart

·       Tarian yang bersahaja dan diminati ramai

·       Memerlukan teknologi yang canggih untuk mengikuti perkembangan mereka

·       Rentak lagu yang gemar didengar oleh remaja


Salah Satu Contoh Kumpulan K-Pop yang Dikenali di Malaysia

(b)   KESAN DARIPADA MEMINATI

·       Menjadikan remaja terlalu taksub dengan mereka

·       Membuatkan mereka membelakangi budaya dan ajaran islam yang mereka pelajari

·    Remaja akan selalu melakukan perkaran yang bercanggah islam seperti berzina di tempat awan atau meminum minuman beralkohol.


Suasana Orang Ramai terutamanya Orang Islam yang 
Bersedih dan Memberi Penghormatan atas Kematian Penyanyi K-Pop




 
Gadis Melayu yang Memeluk Penyanyi K-Pop ketika Menghadiri Majlis Perkabungan Penyanyi Kegemarannya


  
Video Penuh Peristiwa Orang Melayu Beragama Islam Memeluk Penyanyi K-Pop


      (ii)    CORONAVIRUS ( COVID-19 )

 

               (a)  MAKSUD

     Coronavirus (CoV) atau COVID-19 adalah kumpulan virus yang menyebabkan pelbagai penyakit dari selsema hingga ke penyakit lebih teruk seperti MERS-CoV


              (b)   PUNCA

·       Berpunca daripada SARS-CoV-2 yang dikesan di bandaraya Wuhan, China

·       Penduduk Setempat menderita penyakit paru-paru yang teruk

 

Suasana Wuhan Semasa Menghadapi Musim Covid-19

             (c)    LANGKAH MENGATASI

·       Cuci Tangan dengan Air dan Sabun

·       Menutup mulut dan hidung ketika bersin menggunakan penutup mulut

·       Elakkan Sentuhan dengan individu yang mempunyai gejala

·       Jaga Penjarakkan ketika di tempat awam seperti pasaraya dan kedai runcit

 

Vaksin yang Dijangka dapat Memusnahkan Penyakit Covid-19

    
Langkah yang Diperkenalkan Kerajaan Untuk Melindungi Orang Ramai
Daripada Covid-19


             (d)   KESAN DARIPADA COVID-19

(i)             Ketika Di Makkah

·       Visa Umrah disekat kepada semua disebabkan penyebaran COVID-19

·       Jemaah yang berada di Makkah dihantar pulang ke negara masing-masing atas arahan Kerajaan Arab Saudi

(ii)           Di Seluruh Dunia

·       Menutup Semua Kemasukan dan Keluaran Pelancong untuk balik ke negara masing-masing

·       Mengadakan ‘Total Lockdown’ ke atas negara masing-masing

·       Menyediakan Bantuan kepada rakyat yang terkena masalah keawangan yang serius disebabkan covid-19 ini


    
Suasana Makkah ketika Musim Covid-19 

KESAN PENGARUH GLOBALISASI


(a)   KESAN POSITIF GLOBALISASI

     ·        Memungkinkan Pencarian, Penyebaran dan Pemindahan Ilmu dan Maklumat Dilakukan Dengan Mudah, Pantas dan Murah. Hal ini kerana, Satu Daripada Unsur dan Pemangkin Penting dalam Era Globalisasi Masa Kini ialah Internet.

      ·          Melalui Internet, Segala Ilmu dan Maklumat yang Dihasilkan di Mana-Mana Bahagian di Dunia ini Dapat Dipindahkan dan Diketahui oleh Masyarakat di Bahagian Dunia yang Lain. Keadaan ini Dapat Merapatkan Jurang Ilmu Pengetahuan dan Tamadun antara Penghuni Dunia.

     ·       Globalisasi Dengan Kemudahan Internet dan Juga Kemajuan Perhubungan Fizikal seperti Kereta Api dan Perhubungan Udara yang Canggih dapat Merapatkan Perhubungan Antara Bangsa dan Mewujudkan Suasana Saling Memahami antara Pelbagai Masyarakat dunia.

     ·         Keadaan ini Dapat Membantu Ke Arah Keharmonian dan Keamanan Dunia Sejagat. Globalisasi juga Membolehkan Keperluan Penduduk Dunia dari Segi Makanan, Perkhidmatan dan Keperluan-Keperluan Lain dapat Dipenuhi dengan Murah dan Mudah. Hal ini kerana Sesuatu Makanan, Hasil Perkilangan atau Perkhidmatan yang Dikeluarkan di Sesuatu Tempat di Dunia dapat Diperolehi di Bahagian Dunia yang Lain Melalui Perkhidmatan Pengangkutan yang Cepat, Cekap dan Murah.

     ·       Pemerintahan Dijalankan Secara Terbuka dan Demokratis. Karena Pemerintahan adalah Bagian dari Suatu Negara, Jika Pemerintahan Dijalankan Secara Jujur, Bersih dan Dinamis Tentunya akan Mendapat Tanggapan Positif dari Rakyat.Tanggapan Positif Tersebut Berupa Rasa Nasionalisme terhadap Negara akan Meningkat.

      ·          Meningkatkan Kesempatan Kerja dan Meningkatkan Devisa Negara. Dengan Adanya Hal Tersebut akan Meningkatkan Kehidupan Ekonomi yang Menunjang Kehidupan Nasional Bangsa.

 

(b)   KESAN NEGATIF GLOBALISASI

        ·       Arus Globalisasi yang Memuncak Kini Menyebabkan Pendedahan Maklumat Melalui Internet yang Tidak Ditapis Tersebar Menyebabkan Masyarakat Terpedaya dengan Pendedahan Minda, Sekaligus Menghakis Nilai-Nilai Murni yang ada Dalam Diri

      ·      Dengan Kemudahan Teknologi Maklumat Kini, Semakin Mudah Nilai-Nilai Barat Mempengaruhi Masyarakat Islam kerana Ia Menganggap Kebudayaan Luar Memiliki Nilai dan Lebih Menarik, Seterusnya Menjadikan Kebudayaan Islam Semakin Pudar Dalam Kalangan Masyarakatnya Sendiri.

      ·         Penggunaan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua dan Bahasa Dunia Menjadikan Kita Perlu Menguasai Bahasa Inggeris. Dimana Sebagai Umat Islam, Bahasa Arab Lebih Diutamakan untuk Dipelajari atau Dikuasai kerana Ia Memudahkan Kita untuk Memahami Erti yang Terdapat dalam Al-Quran.

      ·           Lahirnya Ramai Masyarakat yang Tidak Sihat Disebabkan Masalah Kesihatan. Hal ini berlaku lantaran Negara Barat Giat Memperkenalkan Industri Makanan Segera kepada Seluruh Pelosok Dunia dengan Jenama-Jenama Makanan Segera Mereka.

       ·         Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang Sepatutnya Menjaga Hak Asasi Kemanusiaan Tidak Pun Menjalankan Tugas Mereka Secara Telus. Persatuan ini Lebih Menjaga Kepentingan Negara-Negara yang Memberi Manfaat kepada Mereka. Contohnya, Mereka Tidak Pun Membantu Negara Palestin yang Setiap Masa Diancam oleh Israel.

     ·        Nilai-Nilai yang Bercanggah Dengan Nilai Islam Terlalu Banyak yang Ditonjolkan dalam Filem Termasuklah seperti Pergaulan Bebas dalam Kalangan Lelaki dan Perempuan. Kesannya, Terdapat Banyak Kes Pembuangan Bayi dan Masalah Seks Bebas dalam Kalangan Masyarakat Islam.

      ·          Gelombang Teknologi yang Semakin Pesat Membangun Menjadikan Masyarakat Berlumba-lumba untuk Mendapatkan Perhatian Netizen serta Pegikutnya di Medium Sosial Alaf Baru Ini. Generasi Muda Khususnya Merupakan Kelompok yang Paling Berpengaruh Dengan Perkembangan Teknologi ini. Perhubungan Tanpa Batasan yang Dicipta dapat Memberi Implikasi Buruk dan Negatif Terhadap Perkembangan Generasi itu Sendiri Jika Ianya Tidak Dikawal dan Digunakan Tanpa Batasan. Contoh Yang Nyata yang Dapat Dilihat Kini adalah Generasi Muda Islam itu Sendiri Mengikuti Trend seperti Menari Nari dengan Berpakaian Yang Menjolok Mata untuk Diperlihatkan Kepada Orang Ramai. Kesannya, Nilai-Nilai Islam seperti Malu Semakin Hilang dalam Diri Masyarakat Muda terutamanya Golongan Wanita Zaman Sekarang.


CONTOH KETARA PADA MASA KINI

   Globalisasi yang diberi erti luas ini adalah suatu hakikat yang tidak dapat dipertikaikan. Kita juga mengambil pendirian di sini bahawa hakikat yang dinamakan globalisasi itu sudah wujud sebelum istilah globalisasi diperkenalkan lagi. “Globalization was a reality without a name.” Globalisasi tanpa nama ini sudah wujud bukan sahaja dalam era penjajahan dan imperialisme Barat yang bermula di sekitar tahun 1500 tetapi juga sebelumnya dalam era tamadun Islam menguasai dunia. Malahan trend globalisasi dalam era dominasi Islam pula dapat dikesan akar umbinya ke zaman pra Islam.

   Pada sifatnya, imperialisme adalah suatu bentuk globalisasi. Paling tidaknya, ia boleh dianggap sebagai agen globalisasi. Setiap imperialisme mempunyai kecenderungan untuk menglobalisasikan objek-objek tertentu. Dari segi ini, kita boleh memperkatakan bahawa sebelum Islam, tamadun Romawi dan tamadun Parsi telah mencetuskan trend- trend globalisasi tertentu dalam eranya atau pun memperpesatkan trend-trend yang sedia ada. Dalam membuat dakwaan bahawa globalisasi adalah suatu kenyataan sebelum zaman kontemporari, kami tidak bermaksud tidak ada perbezaan langsung antara globalisasi zaman sekarang dengan globalisasi zaman dahulu. Memang ada perbezaan ketara antara globalisasi dalam satu era dangan globalisasi dalam era yang lain. Namun demikian, perbezaan itu bukan dari segi sifat tetapi dari segi ciri-cirinya. Selagi kita bercakap tentang hakikat yang sama, iaitu globalisasi, maka selama itu sifatnya tetap sama tanpa mengira zamannya. Sifatnya ialah sebagai “proses pengaliran global objek-objek.” Malahan, secara kasarnya, bidang-bidang aktiviti manusia yang terbabit dengan proses pengaliran objek ini juga tidak berubah.

   Keempat-empat dimensi globalisasi kontemporari yang hendak dibincangkan juga terdapat pada globalisasi zaman Islam. Tetapi ciri-ciri globalisasi banyak berubah sesuai dengan perubahan zaman. Misalnya, ciri kepesatan, ciri kesaling bergantungan, ciri keluasan dan ciri kepantasan. Berbanding dengan zaman-zaman lepas, pengaliran objek-objek pada zaman sekarang jauh lebih laju, lebih meluas dan melibatkan jenis dan kuantiti objek yang lebih banyak. Lihat sahaja kepada barang-barang ekonomi yang membanjiri pasaran dunia. Bidang-bidang utama aktiviti manusia tadi semakin maju dengan kewujudan sub bidang yang semakin bertambah dan berkembang dan bidang-bidang ini semakin kait mengait dan saling bergantung. Fenomena globalisasi boleh dikiaskan sebagai gelombang yang melanda dunia. Gelombang globalisasi pada zaman moden lebih besar, kuat dan laju daripada gelombang globalisasi dalam era Islam. Tetapi gelombang globalisasi zaman pasca moden lebih besar lagi, lebih perkasa dan lebih pantas lagi jika dibandingkan dengan gelombang globalisasi zaman moden.

   Dalam Japan bahagian yang berikut, satu tinjauan ringkas akan dibuat terhadap globalisasi dalam dua era yang lepas, iaitu era Islam dan era penjajahan Barat, dengan tujuan untuk mendapatkan sedikit gambaran dampak masing-masing ke atas peradaban. Kemudian, dampak kedua-dua gelombang globalisasi ini boleh dibandingkan dengan kesan dan dampak yang mungkin didatangkan oleh globalisasi kontemporar


KESIMPULAN

Manusia hari ini menurut al-Qardawi terpaksa berhadapan dengan globalisasi . Kita,umat Islam seharusnya  mengambil sikap sederhana dengan berusaha mengambil manfaat apa yang baik dan menghindarkan apa yang buruk. Globalisasi kelihatan pada hari ini seolah­ olah dipaksakan ke atas kita dan kita tidak mungkin dapat lari daripada tekanandan kepungannya. Oleh itu kita perlu menghadapinya dengan mengambil sikap menyaring yang baik dan kita hendaklah saling bekerjasama menghindarkan aspek-aspek negatifnya. Caranya ialah dengan meningkatkan kualiti dan potensi yang ada pada kita, mengerah segenap  keupayaan  dan tenaga  kita  serta  bersatu  menghadapi  globalisasi  , bukannya bersendirian, kerana sokongan Allah itu sentiasa bersama jamaah. Kita juga mesti mengambil faedah daripada semua mekanisme globalisasi dan peluang yang ada untuk menyampaikan risalah Islam ke seluruh dunia. Amanah inilah yang Allah pikulkan ke atas bahu kita. Oleh itu website Islam Antarabangsa yang dinamakan  Islam On Line adalah merupakan salah satu usaha semasa yang diperkenalkan untuk menyahut cabaranh globalisasi . Sama-samalah kita memberikan sumbangan terhadap projek yang besar ini.



SUMBER RUJUKAN 

1.   Buku Teks Pengajian Islam Siri Politeknik



Ulasan